Quantcast
Channel: Program Perkhidmatan Farmasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47

Pengurusan dan Pengendalian Ubat Kusta (Multidrug Therapy) Dari WHO Untuk Kegunaan Fasiliti Kesihatan Kerajaan

$
0
0

Penyediaan prosedur operasi standard (SOP) ini bertujuan memberi panduan kepada anggota kesihatan mengenai pengurusan dan pengendalian ubat kusta yang diperolehi daripada World Health Organization (WHO) secara percuma. Prosedur ini meliputi pengendalian proses perolehan, pembekalan, penerimaan, pendispensan dan pemantauan ubat kusta multidrug therapy (MDT) di semua fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pertahanan yang terlibat dalam rawatan pesakit kusta.  Secara amnya, SOP ini disediakan bagi memastikan bekalan ubat kusta dapat diuruskan dengan cekap, teratur dan berkesan dalam penyampaian perkhidmatan rawatan penyakit kusta. Prosedur ini perlu dibaca bersama Manual Pengurusan Kusta Kebangsaan Edisi Ke Dua yang diterbitkan pada tahun 2014 oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (BKP KKM).

Kategori dokumen: 
Garis Panduan
Fail-fail muat turun: 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 47

Latest Images